Zaen Kasturi, lahir pada tahun 1964 di Melaka, Malaysia. Ia mulai menghasilkan karya kreatif pada awal tahun 1980-an. Selain puisi, Zaen turut menulis cerpen, novel dan esai/kritikan. Karya Zaen dalam bentuk buku termasuk Yuda (kumpulan cerpen – memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993), Katarsis (kumpulan puisi), Rapsodi (kumpulan cerpen), Idola (kumpulan cerpen), Angin Belantara (novel), Taman Uzlah (kumpulan cerpen), 77 Tuju: Siri Ingatan kepada Kawan (kumpulan puisi – memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015/2016), Zamindar (kumpulan cerpen), dan Fajar Lingkung Lembayung. Zaen Kasturi turut memenangi beberapa hadiah penulisan/sastra peringkat Nasional di Malaysia, antaranya Hadiah Sastera Malaysia/Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank, Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-GAPENA, Hadiah Puisi DBP-DBKL. Hadiah Cerpen DBP-Maybank, dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil.
Zaen Kasturi merupakan penerima S.E.A Write Award 2010.